Himpunan Cerita Lawak ( part 1 )
1 )Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi………bila kita kentut semua mata memandang.
2)Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
3)Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"
4)Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
k la bhai semua sampai disini sahaja ^_^
No comments:
Post a Comment